Memiliki nama domain mampu memberi impak terhadap perniagaan anda, jaminan keselamatan dan enjin pencarian (SEO) di Internet. Kebiasaannya yang pengguna dapat melihat alamat sesawang diakhiri dengan .COM sebagai domain umum.
MYNIC sebagai pendaftar dan pentadbir nama domain .MY memainkan peranan penting bagi meningkatkan ekonomi digital di Malaysia. MYNIC sebagai agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia komited memastikan nama domain .MY diyakini oleh pengguna dengan menaik taraf Domain Name System (DNS).
Dalam usaha untuk meningkatkan nama domain .MY MYNIC melakukan kerjasama dengan CentralNIC bagi membangunkan DNSSEC Managed Services dan DNS Anycast. CentralNIC adalah pendaftar nama domain di peringkat dunia untuk domain peringkat tinggi umum (gTLD) dan domain peringkat tertinggi kod negara domain (ccTLD) serta domain tahap kedua (SLD).
Memetik artikel BH Online. Hasnul Fadhly berkata, dengan adanya DNSSEC Managed Services, sistem pengesahan nama Domain yang lebih ketat dan perlindungan integriti data dapat dibuat.
Beliau berkata, ia dapat mengelakkan sebarang modifikasi terhadap nama domain .MY daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, manakala dengan membangunkan sistem Anycast DNS pula, ia dapat mengurangkan kesan serangan DDos, sekaligus dapat meningkatkan prestasi ketersediaan laman web yang menggunapakai domain .MY yang membolehkan ia mudah dan lebih pantas diakses.