Buat pengguna tegar yang menggunakan perkhidmatan Poslaju sebagai platform untuk menghantar barang, kini anda tidak perlu menulis nota konsainan secara manual mulai 17 Ogos ini.
Menurut pihak Pos Malaysia, pengguna perlu memuat turun aplikasi Pos Malaysia Mobile App di peranti pintar dan mengisi maklumat secara digital dan print dipejabat pos berdekatan. Sebelum ini ianya terhad dikiosk dan pejabat pos KL, dan Selangor.
Kini perkhidmatan E-Konsainan ini boleh digunapakai diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Menggunakan aplikasi tersebut, pengguna boleh menyimpan maklumat pengguna, memudahkan penjejakan barang, dan notifikasi penghantaran.
Baca juga: Cara Menggunakan E-Konsainan Poslaju Semudah 1, 2, 3 – Mudah Giler
Anda juga boleh menyemak lokasi Pejabat Pos terdekat yang menggunakan perkhidmatan ini di laman web Pos Malaysia. Bagi anda yang menjual barang secara atas talian muat turun aplikasi Pos Malaysia Mobile App di Google Play dan App Store lebih mudah dan cepat.