Disahkan kini WhatsApp hadir dengan fungsi dan ciri-ciri baru antaranya; pelekat animasi, kod QR, dan Mod Gelap untuk WhatsApp Web.
Pelekat animasi yang dilancarkan minggu lepas untuk semua pengguna seluruh dunia. Playy Piyomaru, Rico’s Sweet Life, dan Open For Business antara pelekat animasi terbaru.
Untuk mendapatkannya anda perlu memuat-turun pelekat yang diingini dengan saiz 2.4MB-4.8MB.
Kod QR adalah cara paling mudah untuk menambahkan kenalan di WhatsApp anda tanpa perlu meminta nombor telefon. Ciri ini akan membantu pengguna WhatsApp menambahkan nombor kenalan seseorang dengan hanya mengimbas kod QR.
Ciri yang sangat ditunggu-tunggu adalah mod gelap untuk WhatsApp Web. Sebelum ini hanya beberapa pengguna sahaja yang dapat menggunakan mod gelap ini. Dengan versi terbaru ia telah dilepaskan untuk semua pengguna.
Pastikan aplikasi WhatsApp anda adalah versi terkini untuk menggunakannya. Versi 2.20.194.16 untuk Android dan 2.20.70 untuk Appstore.