mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Lukisan Mural Wira-Wira Negara dan YDPA Diconteng Dengan Kata-Kata Kesat

Lukisan mural wira-wira negara di dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sebelum ini mural tersebut tular di media sosial dan menarik perhatian rakyat Malaysia.

YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melawat ke Taman Cahaya Alam bagi menyaksikan lukisan mural gergasi potret pemimpin negara termasuk potret Baginda minggu lalu.

Harini warganet dikejutkan dengan mural tersebut telah diconteng dengan kata-kata kesat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut ciapan tweet dari Mr James pihak media dan polis bergegas ditempat kejadian dan menutup lukisan mural tersebut. Laporan polis juga telah dibuat dan kini siasatan sedang dijalankan bagi menangkap pelaku yang tidak bertanggungjawab.

Letak CCTV for high risk murals

Karya pelukis dirosakan

Dikemaskini 14:30: Lukisan mural wira-wira negara dan YDPA pada dinding bangunan di Taman Cahaya Alam telahpun dipadam sepenuhnya oleh pihak berkuasa.

Lukisan mural anak tempatan kini hanya menjadi kenangan.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

WhatsApp Hadir Dengan Fungsi Baru — Pelekat Animasi, Kod QR dan Mod Gelap

Next Post

HBO GO Percuma Untuk Semua Pelanggan Astro ‒ Ini Cara Link Akaun Astro ke HBO GO