Hampir setahun aplikasi Setel dilancarkan namun masih ramai tidak tahu kewujudan dan kegunaannya. Aplikasi Setel yang bangunkan oleh Setel Ventures Sdn. Bhd. adalah untuk memudahkan anda membuat pembelian petrol hanya di aplikasi Setel tanpa perlu ke kaunter untuk membayar.
Setel adalah sebuah aplikasi e-dompet yang digunakan pada stesen minyak Petronas. Anda tidak perlu lagi beratur panjang dikaunter untuk membeli petrol, hanya membuat pembelian petrol hanya pada peranti pintar anda.
Buat masa ini perkhidmatan Setel tersedia untuk 277 buah stesen minyak Petronas di Lembah Klang.
Apa yang menarik mengenai aplikasi Setel?
Perkara yang menarik di aplikasi Setel anda boleh memautkan kad debit atau kredit dengan pra-kelulusan RM1.00 sahaja, dan ia akan dipulangkan dalam masa 14 hari bekerja ke akaun anda. Tambahan lagi, aplikasi Setel juga akan memaparkan stesen minyak berhampiran dan navigasi ke stesen tersebut melalui aplikasi Waze atau Google Maps.
Menarik lagi, anda juga boleh memautkan kad Mesra, menyemak mata ganjaran Mesra dan memantau kos perbelanjaan petrol dengan mudah. Selain itu anda juga boleh mendapatkan e-resit dengan setiap pembelian petrol.
Anda boleh juga membuat tambah nilai RM20, RM50, RM100 atau dengan jumlah yang diinginkan secara mudah.
Bagaimana mendaftar akaun Setel dan dapat percuma RM5?
Anda berpeluang memenangi RM5 secara percuma dengan memuat-turun aplikasi Setel di Google Play dan App Store. Lancarkan aplikasi Setel klik ‘Register’ masukkan butiran anda seperti nama, nombor telefon, alamat email, dan kata laluan.
Untuk dapatkan percuma RM5 masukkan kod zxsfm dibahagian ‘Promo code’. Setelah itu, anda diminta untuk mengesahkan nombor telefon dan membuat PIN keselamatan untuk pembelian petrol. Setelah selesai mendaftar anda akan RM5 dan boleh terus membuat pembelian petrol di Petronas.
Bagaimana menggunakan Setel untuk membeli petrol?
Setelah anda tiba di stesen minyak Petronas, lancarkan aplikasi Setel kemudian pilih ‘Purchase Petrol’. Langkah kedua anda perlu memilih nombor pam dan jumlah pembelian petrol RM20, RM50, RM100 atau sebarang nilai yang anda mahukan atau ‘Full Tank’ untuk isian penuh.
Jika baki anda tidak mencukupi, boleh saja tambah nilai menerusi perbankan dalam talian atau menetapkan terus tambah nilai secara automatik.
Setelah itu, anda diminta untuk memasukkan PIN keselamatan atau cap jari. Aplikasi akan berhubung dengan pam dan sesudah menunjukkan ‘Start Fuelling Now’, anda bolehlah keluar dari kenderaan dan mulakan isian minyak. Anda akan mendapat e-resit yang dihantar ke alamat email setelah selesai mengisi minyak.
Selain itu, anda juga boleh membuat tambah nilai menggunakan kad debit atau kredit dan perbankan atas talian. Disamping itu, anda juga boleh menyemak ganjaran Mesra dan menebus ganjaran Mesra dengan mudah.
*Panduan keselamatan Setel, pastikan segala proses dilakukan dalam kenderaan.
Muat turun sekarang aplikasi Setel di Google Play dan App Store dan dapatkan percuma RM5 dengan memasukkan kod zxsfm semasa pendaftaran akaun.