Filem adiwira Shazam 2 bakal temui penonton pada bulan November 2022. Seperti sedia maklum filem ini masih dalam fasa awal pembikinan. Akibat penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia filem ini dan juga filem lain seperti The Batman dan The Flash turut ditangguhkan ke satu tarikh pada tahun 2022.
![]()
Filem terbitan Warners Bros. dan New Line Cinema itu bagaimanapun dijangka akan membuat kemunculan pada 4 November 2022 tujuh bulan lewat dari perancangan awal iaitu pada 1 April tahun yang sama.
Meskipun tiada sebarang perincian plot didedahkan untuk filem Shazam 2 yang berjaya mengutip $364 juta untuk tayangan sulungnya di seluruh dunia sebelum ini, filem ini akan terus diarahkan oleh pengarah, David F. Sandberg.
