mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Gelongsor Air Sepanjang 1KM Akan Dibuka Ogos Ini di Pulau Pinang

Berita baik kepada peminat aksi-aksi lasak, gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1.140km akan dibuka Ogos ini di Taman Tema Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang. Gelongsor air dengan ketinggian 70 meter ini mengalahkan rekod dunia 0.602 kilometer milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat.

Gelongsor tersebut dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan ‘Adventure Play’ dan ‘Water Play’ dan wakil daripada Guinness World Records akan hadir untuk meneliti kelengkapannya sebelum memberi pengiktirafan dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Taman Tema Escape Pulau Pinang, Sim Choo Kheng, gelongsor air itu dijangka siap pada fasa ketiga ‘Gravity Play’, hujung bulan depan.

Pastinya perkara ini akan membuat anda teruja dan bakal menarik ramai pelancong ke sana dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar. Jika anda merancang untuk ke Pulau Pinang bulan Ogos ini, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi antara orang yang pertama mencubanya.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Tiada Lagi Straw di Premis Makanan Sekitar Selangor Mulai 1 Julai Ini

Next Post

MYNIC Menaik Taraf Domain .MY Bagi Meningkatkan Ekonomi Digital di Malaysia