More
    SemasaPOS Malaysia Menghentikan Perkhidmatan Mel dan Parcel Antarabangsa Hari Ini

    POS Malaysia Menghentikan Perkhidmatan Mel dan Parcel Antarabangsa Hari Ini

    Perkhidmatan mel dan parcel antarabangsa diberhentikan bermula 3 Ogos sehingga diberitahu kelak.

    Harini pihak POS Malaysia telah menghentikan perkhidmatan mel dan parcel antarabangsa ke semua destinasi kecuali ke Singapura bermula 3 Ogos.

    Ini disebabkan COVID-19 yang berlaku menyebabkan tahap sekatan yang berbeza setiap negara, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.

    POS Malaysia mengumumkan hal ini pada Jumaat lalu di sosial media mereka. Dalam pada masa sama, pihak POS Malaysia juga menawarkan alternatif jika anda perlu menghantar barang ke luar negara menggunakan AsiaXpress, yang juga merupakan anak syarikat Pos Malaysia.

    Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. POS Malaysia membuat pengumuman serupa pada bulan Mac, ketika dalam fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan