mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Portal MySPR Daftar Dilancarkan Bagi Memudahkan Rakyat Malaysia Mendaftar Sebagai Pengundi

Pada 16 Julai lepas, Kerajaan telah menurunkan had kelayakan mengundi kepada 18 Tahun. Kerajaan menganggarkan pengundi pada 2023 akan meningkat lebih daripada 50 peratus menjadikan jumlah pengundi sekitar 22.7 juta, berbanding 14.9 juta pada Pilihan Raya Umum Ke-14, tahun lepas.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melancarkan portal MySPR Daftar dimana rakyat Malaysia boleh membuat pendaftaran secara atas talian. Sebelum ini rakyat Malaysia yang ingin mendaftar perlu hadir ke mana-mana cawangan SPR atau kiosk dan mengisi borang secara manual.

Pendaftaran melalui MySPR Daftar amat mudah dengan 3 langkah sahaja. Rakyat Malaysia yang ingin mendaftar perlu lawati portal MySPR Daftar. Daftar akaun pengguna MySPR Daftar menerima e-mel pengaktifan akaun tersebut, dan kemudiannya mengisi Borang A (Pendaftaran Pemilih).

Portal ini juga boleh digunakan untuk mengubah alamat mengundi anda jika anda sudahpun berdaftar sebagai seorang pengundi.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

MYNIC Menaik Taraf Domain .MY Bagi Meningkatkan Ekonomi Digital di Malaysia

Next Post

Kerusi Roda, Layang-Layang dan Orang Utan Antara Emoji Terbaru Pada iOS 13