Web Analytics
More
    TipsIni Cara Tunai Bantuan eBelia RM150 Menggunakan Shopee Pay

    Ini Cara Tunai Bantuan eBelia RM150 Menggunakan Shopee Pay

    Tebus eBelia di Touch 'n Go eWallet, tambah nilai Shopee Pay dan bayar guna TNG eWallet kemudian keluarkan duit.

    Pada 1 Jun 2021, Kerajaan telah melancarkan program insentif eBelia sebanyak RM300 Juta diperuntukkan untuk rakyat yang berumur 18-20 tahun serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa.

    Anda boleh menebus kredit eBelia RM150 samada di BigPay, Boost, Touch ‘n Go eWallet atau Shopee Pay. Bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021. Baki kredit yang tidak dipakai sehingga 31 Julai akan dikembalikan semula ke kerajaan.

    Rata-rata pengguna di Tiktok kecewa kerana tips yang dikongsikan lambat masuk ke FYP mereka dan telah tebus/habis digunakan berbelanja di Shopee. Ini cara untuk anda tunaikan duit RM150 menggunakan Shopee Pay dan Touch ‘n Go eWallet. Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Tiktok @haqemm di akaun peribadinya.

    @haqemm

    Tips untuk cash duit eBelia RM150 #fypシ #fyp #foryoupage #foryou #xyzbca #eBelia #tiktokmalaysia

    ♬ original sound – Haqem – Haqem

    Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah tebus eBelia menggunakan Touch ‘N Go eWallet. Seterusnya buka aplikasi Shopee dan tambah nilai Shopee Pay, dibahagian kaedah pembayaran pilih “Cash payment at 7-Eleven”.

    Pengguna Tiktok @haqemm ini juga berkongsi cara melakukan pembayaran menggunakan servis 7-Eleven dan cara mengeluarkan duit ke akaun bank. Untuk mengeluarkan duit anda perlu ke Shopee Pay kemudian pilih “withdrawal”, pilih akaun bank dan masukkan jumlah pengeluaran yang perlukan. Proses pengeluaran akan mengambil masa 1-3 hari bekerja tidak termasuk cuti umum.

    @haqemm

    Reply to @lesyeuxdena Video part 3. Semoga bermanfaat. Incase kalau kena ban visit link kat bio ya! #foryoupage #xyzbca #fyp #eBelia #TiktokMalaysia

    ♬ original sound – Haqem – Haqem

    Pastikan anda telah pautkan akaun bank ke Shopee Pay anda terlebih dahulu. Jika belum anda boleh pautkan sekarang dan proses pengesahan mengambil masa 1-5 hari bekerja. Diharapkan kepada sesiapa memerlukan duit ini secara tunai boleh lakukan tips yang dikongsi ini.

    STATUS COVID-19

    Malaysia
    652,204
    Total confirmed cases
    Updated on 13 June 2021 03:44

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan