Video anak kucing diikat dan dipijak sehingga mati tular di media sosial sejak malam semalam (7 Mei) menyaksikan 3 wanita memijak anak kucing dengan tanpa rasa kasihan dan kejam.
Tak berhati perut dan zalim merupakan ungkapan yang sesuai untuk satu kisah yang tular apabila mereka menyeksa kucing tanpa belas ehsan.
Menerusi perkongsian video dari pengguna Twitter, tweet tersebut meraih lebih 21.7k tontonan.
SAVAGE!!!
Ya Allah berikan azabmu pada pelakunya🙏 pic.twitter.com/ShFyIawJK9
— L̶ ̶O̶ ̶K̶ ̶A̶ ̶L̶ (@anonLokal) May 7, 2020
Menerusi video itu, anak kucing berkenaan meronta-ronta kesakitan akibat didera. Namun, anak kucing berkenaan tidak dapat bergerak apabila badannya tetap dipijak dan dihenyak tanpa belas ihsan sehingga haiwan itu tidak mampu lagi untuk berjalan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa perasaan marah dan mengecam si pelaku kerana perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.
Dalam pada masa sama, video ini juga dimuat naik ke laman YouTube yang berdurasi selama 3 minit 35 saat.
Semoga si pelaku diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang tidak berhati perut dan ia menjadi pengajaran buat semua.
Kes lama tahun 2015 kat Brazil. Rasanya pelaku dh kena tangkap..