OpenSignal baru-baru ini telah mengeluarkan keputusan Mobile Experience Awards edisi September 2019. Dalam laporan edisi September 2019, data yang dikumpul dari 1 Jul – 29 Ogos 2019 melibatkan 971,486 peranti seluruh Malaysia.
Dalam ujian OpenSignal ini terbahagi kepada 6 kategori iaitu ketersediaan 4G, Pengalaman Video, Pengalaman Aplikasi Suara, Kelajuan Muat-turun dan Muat-naik, dan Latensi terbaik.
Dalam edisi kali ini Celcom berjaya mengambil alih kedudukan Maxis dengan memenangi ketersedian 4G dan diikuti dengan Maxis memenangi kelajuan muat-turun dan kelajuan muat-naik.
Dalam pengalaman menonton video Celcom memenangi 63.5 diikuti rapat dengan Maxis sebanyak 62.1, Digi meningkat 7.2% dengan 56.2, dan Unifi dengan 44.6 mengalahkan U Mobile dengan skor terendah 40.3.
Dalam pada itu, perkhidmatan aplikasi suara over-the-top (OTT) yang menggunakan aplikasi seperti WhatsApp, Skype dan Facebook Messenger dimenanangi oleh Unifi Mobile dengan 77.5 mengalahkan Celcom dan Maxis.
Dalam kategori Muat-Turun Maxis mendahului dengan kelajuan 17.7 Mbps, Celcom dengan kelajuan 16.3 Mbps, Digi dengan kelajuan 11.1 Mbps, U Mobile dengan kelajuan 7.5, dan Unifi dengan kelajuan 5.4 Mbps.
Bagi kategori Muat-Naik juga dimenangi oleh Maxis dengan 6.6 Mbps, Celcom dengan kelajuan 6.4 Mbps, U Mobile dengan kelajuan 5.1 Mbps, Digi dengan kelajuan 4.0 Mbps, dan Unifi dengan 3.0 Mbps.
OpenSignal tidak lupa juga mengukur latensi yang terbaik. Ia dimenangi oleh Celcom dengan skor 43.2 ms, Maxis dengan skor 43.9 ms, Unifi dengan skor 46.9 ms, U Mobile dengan skor 50.7 ms, dan Digi dengan skor 52.2 ms.
Secara keseluruhan laporan yang dikeluarkan OpenSignal, Celcom adalah Internet yang terbaik dengan ketersediaan 4G diseluruh kawasan, pengalaman terbaik menonton video dan latensi terbaik untuk gaming.
Tetapi adakah harga pelan internet yang ditawarkan oleh syarikat telkomunikasi di Malaysia berbaloi dengan harganya?