Harini MYNIC memperkenalkan domain (ccTLD) .BIZ.MY untuk usahawan tempatan pada harga RM80/setahun. Direka untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) untuk lebih dikenali.
Menurut laman MYNIC, statistik menunjukkan hanya 32% dari PKS di Malaysia yang mempunyai laman web untuk perniagaan mereka.
Akibat pandemik COVID-19 baru baru ini banyak perniagaan fizikal yang terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Akibat PKP kebanyakkan perniaga telah beralih secara perniagaan atas talian untuk menjual barangan dan produk.
Pra-Pendaftaran untuk .BIZ.MY dibuka 1 bulan lebih awal bermula 17 – 28 Ogos 2020. Kepada peniaga atas talian yang telah mempunyai domain berdaftar dengan akhiran .my, .com.my, .net.my, atau .org.my digalakkan untuk mendaftar sebelum ianya diambil pihak lain.
Pra-Pendaftaran terhad kepada pengguna sedia ada (.my, .com.my .net.my, atau .org.my) dan pendaftaran secara umum akan dibuka pada 16 September 2020 kelak.
Buat masa ini pembelian hanya dilakukan laman web rasmi iChoose.my.