Mulai 17 Ogos ini pihak Pos Malaysia telah menggunakan perkhidmatan secara digital dimana pengguna tidak perlu bersusah payah untuk menulis maklumat pengirim dan penerima.
Anda perlulah memuat turun aplikasi Pos Malaysia Mobile App di Google Play dan Appstore. Menurut perkongsian pengguna @gtfoxbtch di Twitter, setelah anda memuat turun aplikasi tersebut anda perlu memilih “New Consigment” dan pilih cawangan Pejabat Pos yang berdekatan anda. Maksudkan maklumat anda sebagai pengirim.
Setelah itu, masukkan maklumat penerima nama, nombor telefon, alamat dan poskod. Menurut perkongsian itu, pastikan alamat dan poskod yang dimasukkan adalah betul, kerana anda tidak mengubahnya setelah staff membuat transaksi.
Seterusnya buat pengisytiharan barang (Declaration) jika anda menjual baju/t-shirt masukkan di ruang tersebut dan sertakan berat. Kemudian sahkan maklumat pengirim dan penerima. Anggaran harga akan dipaparkan tekan pada “Generate”.
Kemudian satu QR Kod akan dijana. Anda perlu ke pejabat pos yang dipilih, lancarkan aplikasi dan scan QR Kod pada printer untuk mencetak E-Konsainan tersebut. Ia mudah dan pantas.
Menurut pihak Pos Malaysia, anda boleh mencetak sehingga 20 konsainan, menyimpan alamat menerima bagi pelanggan berulang (repeat customer), dan mendapatkan notifikasi penjejakan barang yang dihantar.