mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Syamel dan Ernie Zakri, Selamat Bertunang

Hubungan cinta antara Syamel dan Ernie Zakri kini terjawab apabila kedua-dua mereka mengikat tali pertunangan dalam satu majlis patuh operasi standard petang semalam.

Majlis yang diadakan serba ringkas di kediaman Ernie itu berlangsung meriah meskipun hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kini sudah bergelar tunang orang, Syamel meluahkan rasa syukur majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Namun, akui bimbang apabila memikirkan banyak dugaan dalam alam pertunangan.

“Namun, insya-Allah, saya dan Ernie akan menjaga diri dan batas pergaulan. Kami takkan berjumpa selalu. Apa yang diharapkan, doa peminat bukan sahaja hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat.”

Meskipun sering diasak dengan soalan cepu mas mengenai hubungan mereka, namun pasangan itu berjaya menyimpan cerita dengan kemas sehingga ke hari ini. Dalam majlis tersebut pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Cara Menggunakan E-Konsainan Poslaju Semudah 1, 2, 3 - Mudah Giler

Next Post

MYNIC Memperkenalkan Domain Baru .BIZ.MY Untuk Usahawan Tempatan