mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Tiada Lagi Straw di Premis Makanan Sekitar Selangor Mulai 1 Julai Ini

Semua premis makanan dan minuman di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman (straw) bermula 1 Julai ini bagi tujuan mengurangkan pencemaran plastik serta dalam usaha memulihara alam sekitar.

Memetik laporan bernama.com, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata dasar pelaksanaan mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lepas.

Bagaimanapun katanya, penyedut minuman plastik hanya akan diberikan atas permintaan pelanggan untuk setiap minuman yang dipesan.

Objektif utama pelaksaan ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk di Selangor tentang kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna terhadap kesihatan alam sekitar.

Pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha mengitar atau mengguna semula serta menjaga kebersihan alam sekitar di Selangor.

Pengguna disarankan untuk tidak menggunakan straw plastik dan lebih baik jika menggunakan penyedut minuman kertas atau penyedut keluli tahan karat (stainless steel).

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Bini Aku Mengidam Nak Minum Milo Lori - Dah Jumpa Terus Tahan

Next Post

Gelongsor Air Sepanjang 1KM Akan Dibuka Ogos Ini di Pulau Pinang