Web Analytics
More
    Makan7 Tempat Makan Yang Famous & Wajib Singgah Di Melaka

    7 Tempat Makan Yang Famous & Wajib Singgah Di Melaka

    Kepelbagaian jenis makanan di negeri bersejarah. Pastikan dalam list anda ada salah satu warung ini.

    Dah sampai Melaka? Tapi tak tahu nak makan dekat mana?

    Melaka yang umum dikenali sebagai tempat bersejarah dan tempat percutian kerana tapak tinggalan hasil jajahan pada zaman dahulu. Penangan Bandaraya yang disenaraikan sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO ini tidak ubah seperti Georgetown, Penang.

    Mesti ada dikalangan pembaca yang sudah pun mencuba Asam pedas Pak Man, Ikan Bakar Parameswara, dan Roti canai Burito. Teruskan membaca 10 tempat makan yang famous & wajib singgah.

    #1 Mee Goreng Bodo @ Mee Goreng Hassan

    Walaupun nama mee goreng bodo ternyata bukan untuk dimakan oleh orang bodoh sahaja, itu adalah gelaran orang setempat kerana cara pembuatan yang simple dan dihidangkan dengan telur merah.

    Kedai makan ini sangat popular dan terkenal dikalangan orang Melaka  yang datang untuk sarapan pagi. Keunikkannya adalah sambal seakan sambal nasi lemak yang digunakan semasa menggoreng telur.

    LokasiWaktu Operasi
    Lokasi: Lot 245, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.
    Waktu Operasi: 7:30 am – 11:00 am dan tutup pada Khamis

    #2 Roti Canai Burrito @ Barakah Corner

    Apa yang menarik tentang Roti Canai Burrtio ini ialah inti roti canai iaitu telur dadar dan ayam goreng berempah yang sangat melazatkan. Roti canai juga diuli sehingga nipis untuk memastikan bahagian luar rangup.

    Kulit roti canai crispy ini memang sesuai dipadankan bersama intinya yang penuh dengan rasa rempah ratus. Ditambah pula dengan kuah dal banjir dan sambal.

    LokasiWaktu Operasi
    Lokasi: Taman Kesidang Seksyen 1 (Bersebelahan Klinik Kesihatan Tengkera)
    Waktu Operasi: 7:00 am – 12:00 pm dan tutup pada Selasa

    #3 Asam Pedas Pak Man

    First time datang Melaka? Mesti cuba Asam Pedas Pak Man yang terletak di Bukit Katil. Asam Pedas Pak Man salah satu restoran yang menghidangkan Asam Pedas.

    Ada berbagai jenis lauk antara lauk yang anda boleh cuba ialah ikan kembung dan ikan pari, enak dimakan bersama nasi panas-panas!

    LokasiWaktu Operasi
    Lokasi: 202, Perhentian Kuih Kampung, Ujong Pasir, 75050 Melaka
    Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 8:00 am – 7:00 pm

    #4 Ikan Bakar Parameswara

    Menu ikan bakar dan asam pedas memang sangat terkenal di Melaka. Ikan bakar parameswara ini sering dikunjungi oleh pelancong di datang ke Melaka. Selain ikan bakar ada menu sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan ketam sambal, disediakan.

    LokasiWaktu Operasi
    Lokasi: KM 12, Jalan Pengkalan, Pulau Besar, 75460 Ayer Molek, Melaka
    Waktu Operasi: 5:00 pm – 12:00 am dan tutup pada Selasa

    #4 Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam Hailam

    Dikatakan antara nasi ayam yang paling sedap yang pernah anda jumpa. Ada yang sangup datang dari jauh semata-mata untuk makan nasi ayam hailam ini. Nasi yang panas dihidangkan bersama dengan ayam grill, sekali cuba memang tak cukup.

    LokasiWaktu Operasi
    Lokasi: 8 & 10, Jalan Keris Emas 1, Taman Keris Emas, 76300 Sungai Udang, Melaka
    Waktu Operasi: 10:00 am – 4:00 pm dan tutup pada Ahad

    #5 Restoran Selera Hang Tuah

    Antara restoran yang menyajikan asam pedas lain dari yang lain iaitu asam pedas gear box dan sup urat keting. Menariknya warung ini menyediakan hidangan asam pedas asli turun-temurun.

    Ia juga dikenali dengan sebagai warung asam pedas traffic light Duyong.

    LokasiWaktu Operasi
    Lokasi: Restoran Selera Hang Tuah. Jalan Bukit Katil, Kampung Duyong, 75460 Melaka
    Waktu Operasi: Setiap hari dari 5:30 pm – 2:00 am

    #6 Klebang Original Coconut Shake

    Antara tempat makan yang wajib dalam list! Tempat ini sememangnya tempat wajib untuk peminat ‘coconut shake’ jika anda datang ke sini. Coconut shake yang asli di Melaka.

    LokasiWaktu Operasi
    Lokasi: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, 75200 Klebang Besar, Melaka
    Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (11 – 6:30 pm) dan Jumaat (2:30 – 6:30pm)

    #7 Dapur Rita

    Dapur Rita ini terkenal dengan menu Tulang Merah Power Original. Selain itu kedai ini juga ada kacang pool dan roti bakar serta mee goreng merah. Citarasa Singapura di Melaka.

    LokasiWaktu Operasi
    Lokasi: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, 75200 Klebang Besar, Melaka
    Waktu Operasi: 5:00 pm – 2:00 am dan tutup pada Selasa)

    Macam mana terliur tak? Tempat-tempat yang dipilih mempunyai kelainannya tersendiri, jika anda ada cadangan kedai atau warung pilihan anda boleh hantarkan di ruangan komen dibawah.

    Jika sampai ke Melaka pasti anda tidak lapar dengan cadangan kedai makan diatas. Jangan lupa share dan like artikel 7 tempat makan yang famous & wajib singgah di Melaka ini.

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan