Honor Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai Honor View 10. Dimana Honor View 10 ini hadir di pasaran Malaysia pada harga RM2,099 dan boleh mula dipra-tempah bermula 8 – 10 Januari ini.

Peranti berspesifikasi tinggi ini hadir dengan skrin 5.99 inci Full HD dengan rekaan skrin 18:9. Honor View 10 dijana dengan cip pemprosesan Kirin 970 dimana ianya digunakan pada Huawei Mate 10. Selain itu, bateri ditawarkan pada peranti ini adalah 3,750mAh, ruangan storan sehingga 128GB terbina dan RAM 6GB.

Spesifikasi kamera depan yang hadir pada Honor View 10 adalah 13 megapixel dan dwi-kamera belakang 20 megapixel dan 16 megapixel. Ia menggunakan pengesan cap jari, badan peranti dengan keseluruhan logam dan EMUI 8.0 dikuasakan oleh Android 8.0

Anda boleh pra-tempah Honor View 10 ini bermula 8 Januari 2018 ini samaada di Lazada, Vmall, Shopee, atau 11 Street pada harga RM2,099. Untuk 1,000 tempahan terawal akan menerima hadiah bernilai RM699, meliputi Honor Band A2 dan juga kad ganjaran Final Fantasy.

Secara rasminya Honor View 10 akan mula dijual di seluruh Malaysia pada 12 Januari 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here