Apple kini menawarkan promosi baru di App Store, yang dinamakan Belanja Yourself untuk pembelian dalam permainan diskaun sehingga 50% untuk aplikasi tertinggi di Malaysia.
Terdapat beberapa aplikasi yang tersenarai dalam promosi Belanja Yourself antaranya Lord Mobile dan Final Fantasy Awakening iaitu penawaran pakej khas 10%, Marvel Contest of Champions iaitu 50% bonus tambahan untuk pakej tertentu, dan Mobile Legends : Bang Bang iaitu 20% untuk pembelian Dark Rose Freya skins.
Promosi Belanja Yourself akan berakhir pada 24 Mei 2018. Bagi anda yang berminat boleh menyemak penawaran yang disediakan oleh Apple di App Store. Selain itu, ada juga penawaran pembayaran melalui bil untuk pengguna Maxis, Celcom, dan Digi.