More
    SemasaTun Mahathir Menjadi Perdana Menteri Malaysia Buat Kali Ke-2, Ini 15 Fakta...

    Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri Malaysia Buat Kali Ke-2, Ini 15 Fakta Yang Perlu Anda Ambil Tahu

    Pada 9 Mei 2018 lalu berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) Malaysia yang dimenangi oleh parti Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. PRU 14 menyaksikan Pakatan Harapan berjaya memecahkan monopoli Barisan Nasional (BN) apabila memenangi 113 kerusi dan 79 kerusi oleh Barisan Nasional.

    Kemenangan besar ini, menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali ke-2. Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasminya diisytiharkan Perdana Menteri Malaysia ke-7 dalam satu istiadat mengangkat sumpah yang berlangsung di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

    Ini adalah 15 Fakta Tun Dr Mahathir yang perlu anda ambil tahu.

    Fakta #1

    Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

    Fakta #2

    Anak bongsu daripada 9 adik-beradik kepada pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.

    Fakta #3

    Agak sensitif dengan sesuatu perkara. Tun Dr Mahathir mudah mengalirkan air mata apabila hatinya tersentuh melihat sesuatu kejadian sama ada diri sendiri ataupun bangsanya.

    Fakta #4

    Pertama kali menyertai kabinet pada pilihan raya ketiga pada 1964 sebagai Ahli Parlimen Kota Setar.

    Fakta #5

    Kurang makan nasi, hanya makan lauk sahaja iaitu salad dan sayur-sayuran.

    Fakta #6

    Pertama kali dilantik menjadi Perdana Menteri keempat ketika berumur 56 tahun pada 1981.

    Fakta #7

    Membawa Malaysia keluar daripada Krisis Kewangan Asia 1997 semasa pemerintahan beliau.

    Fakta #8

    Sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada 2018 ketika berusia 92 tahun selepas meletak jawatan pada 2003.

    Fakta #9

    Sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada 2018 ketika berusia 92 tahun selepas meletak jawatan pada 2003.

    Fakta #10

    Kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya selepas 15 tahun dan dinobatkan sebagai Perdana Menteri tertua di dunia.

    Fakta #11

    Mengumumkan keluar dari UMNO pada tahun 2016 kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

    Fakta #12

    Mempengerusi dan menubuhkan parti politik baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu (PPBM) pada 2017.

    Fakta #13

    Mengetuai PPBM menyertai Pakatan Harapan bagi mengambil bahagian dalam pilihan raya ke-14.

    Fakta #14

    Tun Dr Mahathir menggunakan iPhone

    Fakta #15

    Tun Dr Mahathir meminati Dato Seri Siti Nurhaliza.

    Itu adalah adalah 15 Fakta Tun Dr Mahathir yang perlu anda ambil tahu. Menarik bukan ?. Jangan lupa untuk kongsi di sosial media.

    Sumber Astro Awani dan scriptersnews.

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan