Siapa yang suka bercuti ?. Tipu lah kalau tak suka. Terdapat banyak tempat percutian yang menarik untuk di lawati antaranya, Santorini Greece, Venice Italy, dan banyak lagi. Kali ini kami ingin berkongsi 7 air terjun di dunia yang cantik dan menakjubkan patut anda lawati.

#1 Huangguoshu Waterfall, China

Air Terjun Huangguoshu, adalah salah satu air terjun terbesar di Cina dan Asia Timur yang terletak di Sungai Baishui di Anshun, provinsi Guizhou. Ini merupakan air terjun paling terkenal di China. Huangguoshu menjadi istimewa kerana kedudukannya dikelilingi oleh tanaman hijau yang sangat luas. Huangguoshu memiliki lebar 81 meter dan tinggi 74 meter membuatnya menjadi air terjun paling besar di benua Asia.

#2 Dettifoss Waterfall, Europe

Air terjun Dettifoss terletak di Taman Nasional Vatnajokull di timur laut Islandia. Air terjun Dettifoss dikenal dengan aliran air sungai yang sangat deras. Air terjun ini memiliki lebar 100 meter dengan ketinggian 44 meter. Air terjun Dettifoss dikenal sebagai air terjun paling bahaya di Eropah.

#3 Niagara Waterfall, Amerika Utara

Air terjun Niagara disebut sebagai air terjun paling terkenal di Amerika Utara. Lokasinya di sempadan Ontario dan New York. Air terjun ini memiliki aliran air tertinggi dibandingkan dengan air terjun di seluruh dunia. Selain keindahannya, air terjun Niagara dikenal kerana menjadi tempat penjana kuasa elektrik.

#4 Victoria Waterfall, Zimbabwe Afrika

Air terjun Victoria yang terletak di Zimbabwe Afrika memiliki kecantikkan kerana kelihatan seperti asap. Dalam Bahasa Kololo, ‘Mosi-oa-Tunya’ bermaksud ‘Asap Yang Berbunyi Seperti Guruh’ tetapi jika disebutkan air terjun Victoria, pasti ramai yang mengenalinya. Tarikan utama yang ada di sini adalah kolam yang betul-betul terletak sebelum air terjun yang dinamakan ‘Armchair‘ atau nama popularnya, Devil’s Pool.

Pada ketika musim panas di air terjun Victoria, air di sungai tersebut akan surut ke satu tahap di mana individu boleh berehat di dalam kolam yang ada, dihadang oleh batu-batu yang menjadi dinding sebelum air menjunam jatuh setinggi 108 meter. Kolam itu hanya dibuka pada waktu musim panas, ketika aliran air lebih rendah, kerana pada waktu lain, andainya seseorang masuk ke dalam sungai itu, mereka akan terus dibawa arus deras yang akan membuatkan mereka terjunam sepanjang air terjun Victoria.

#5 Iguazu Waterfall, Brazil

Air terjun Iguazu berada di antara Argentina dan Brazil dan merupakan sempadan yang memisahkan antara dua negara Argentina dan Brazil. Iguazu yang terletak di Provinsi Misiones, Argentina dan negara bahagian Parana di Brazil. Luas permukaan air terjun Iguazu ini mencapai 40 hektar.

#6 Bon Gioc-Detian Waterfall, Vietnam

Air Terjun Ban Gioc–Detian terletak diantara Tiongkok dan Vietnam. Air terjun ini memiliki ketinggian mencapai 30 meter. Air terjun Ban Gioc-Detian termasuk dalam air terjun paling besar di Asia dengan lebar sekitar 200 meter dan mempunyai tiga tangga aliran air terjun.

#7 Havasu Waterfall, Arizona

Air terjun Havasu terletak di tengah kawasan tebing-tebing tandus di Grand Canyon dan berada di kawasan Havasupai Indian Reservation. Air Terjun Havasu memiliki ketinggian sekitar 100 meter. Keindahan air terjun ini adalah batu-batuan yang berwarna jinga dikelilingnya. Pengunjung berenang di Havasu dan menikmati makanan dan minuman yang dijual sekitar Havasu.

Itu adalah 7 air terjun di dunia yang cantik dan menakjubkan. Adakah anda teringin untuk melawati tempat-tempat sebegini ? Jika ya. Selamat bercuti!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here