Sebelum ini Maxis telah memperkenalkan pelan terbaru mereka yang dinamakan Hotlink Postpaid Flex dimana ia turut membawa jenama Hotlink untuk penawaran pelan pascabayar.
Hari ini Celcom juga turut dilihat mengikut jejak yang mana ia menawarkan pelan pascabayar di bawah jenama Xpax Postpaid. Pelan ini menyasarkan individu yang berumur 25 tahun dan kebawah. Celcom juga turut memberikan promosi khas iaitu pakej panggilan tanpa had kepada 5 rakan didalam rangkaian Celcom, akses tanpa had untuk YouTube pada lewat malam, dan akses Music Walla secara percuma.
Melalui pelan pascabayar ini Xpax Postpaid didatangkan dengan 2 pakej iaitu XP50 dan juga XP79. Pakej XP50 hadir dengan data sebanyak 15GB pada harga langganan RM50 Sebulan. Selain itu pakej XP79 pula hadir dengan data sebanyak 22.5GB pada harga RM79 Sebulan.
Pihak Celcom akan melancarkan secara rasmi pelan ini pada 18 April kelak. Disamping itu celcom juga telah menyenaraikan beberapa pelan Xpax Postpaid XP50 dan Xpax Postpaid XP79. Bagi anda yang ingin membeli sim kad baharu Xpax Postpaid boleh juga pergi ke laman Celcom Store pada harga serendah RM10.