Dunia sekarang makin mencabar segalanya memerlukan duit untuk maju kehadapan. Kini dengan adanya YouGov anda boleh jawab survey dan boleh dapat duit. Banyak juga laman web yang menawarkan pendapatan hanya menjawab survey seperti Tinjauan Bandingan dan banyak lagi.
Tetapi pada artikel ini Haqem ingin berkongsi mengenai YouGov yang boleh menjana duit sehingga SGD$25 (~RM75). Kenapa YouGov ?. Ok baiklah kenapa Haqem sarankan syarikat ini kerana saya telah menggunakan perkhidmatan dalam tempoh 1 tahun percubaan, sebelum saya menerbitkan artikel ini.
Syarikat ini juga, menawarkan pelbagai survey mengikut waktu antaranya Food Poll, Brandindex MY, Travel Survey dan banyak lagi. Setiap survey yang dijawab anda boleh memperolehi mata point sehingga 120 mata. Apa buktinya Haqem telah mendapat duit dari YouGov ?. Baiklah mungkin ada yang bertanya sedemikian, Haqem akan tunjukkan bukti yang saya telah memperolehi duit dari syarikat ini.
Itu antara bukti yang Haqem percayakan syarikat YouGov ini boleh mendapat duit dengan hanya jawab survey dan boleh dapat duit. Di YouGov anda diberikan pilihan untuk mendapatkan Top Up RM60, SGD $25, AirAsia BIG Points atau UNICEF Donation.
Jika anda memilih untuk mendapatkan Top Up RM60 anda perlu memasukkan nombor telefon untuk mendapatkannya. Perkhidmatan Top Up yang boleh diminta pada masa ini hanyalah telco Umobile, Maxis, Digi dan TuneTalk. Bagi pilihan SGD $25 ianya menggunakan perkhidmatan PayPal untuk urusan transaksi. AirAsia BIG Points dan UNICEF Donation pula anda perlu memasukkan akaun sahaja untuk tujuan transaksi. Kesemua urusan mengambil masa 10-30 hari bekerja.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri perkhidmatan jawab survey dan dapat duit dari YouGov anda boleh pergi ke laman mereke di http://bit.ly/MyYouGovSurvey. Selamat menjawab.
Tq dah dapat dh, aku pilih top up umobile
Hai
Survey jarang ada… Lambat nak kumpul point. Ade yg menarik lagi?
Ni ambil masa untuk kumpul point. Untuk setakat ni YouGov adalah yang ok.
nak tanya klu kita pilih utk jawab satu survey setiap minggu adakah memang akan ada survey yang masuk untuk setiap minggu? boleh x klu kita nak ubah terima survey sekerap mungkin? dan untuk akaun paypal tu saya perlu buka untuk yg receive payment ke?
Boleh diubah pada setting akaun untuk kekerapan survey. Ya akaun paypal kena ada untuk received payment, email YouGov dengan paypal mesti sama.
Dekat mana nak settinh untuk dapat survey selalu?
Di bahagian ‘My Settings’ sebelah kanan tukar di ‘Survey Frequency’.
Bleh tinggalkan nom. Telefon tak abg … Nak pm personal faham sikit
Maknanya memang survey tu dia akan bagitahu kita ke kalau ada, kita tak boleh cari sendiri ke survey tu
Ha’ah, nanti YouGov akan hantar notification pada email jika ada survey available.
saya nak try tapi risau..bnde ni bukan scam kan?
Bukan scam. Sejak artikel ini ditulis sehingga sekarang saya masih dapat duit dari YouGov ni.