Pada 19 Mei lepas telah berlangsungnya perkahwinan diantara Prince Harry dan Meghan Markle di United Kingdom. Setelah Meghan Markle menjadi isteri kepada Prince Harry, Meghan dilarang melakukan 8 perkara ini.
Siapakah Meghan Markle ini ?. Nama penuh beliau adalah Rachel Meghan Markle dilahirkan pada 4 Ogos 1981. Meghan adalah bekas pelakon di Amerika yang pernah membintangi filem Anti Social pada tahun 2015.
Berikut adalah 8 perkara yang dilarang kepada Meghan Markle setelah menjadi isteri kepada Prince Harry.
#1 Tiada lagi Swafoto
Anda tidak akan melihat Meghan berswafoto lagi sama ada bersendirian atau berdua-duaan.
#2 Tidak boleh menandatangani autograf
Atas dasar keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan tandatangan diraja Meghan tidak boleh lagi memberi autograf kepada peminatnya.
#3 Tiada lagi keluar mengundi
Peraturan diraja sudah menetapkan bahawa Megan Markle perlu menjadi seorang yang neutral dan menghormati semua parti politik yang ada.
#4 Tidak boleh menayangkan kaki
Pakar Diraja Victoria Arbiter menjelaskan orang ramai tidak boleh melihat keluarga diraja tanpa memakai sarung kaki.
#5 Tidak boleh beradu sesuka hati
Apabila bergelar Duchess of Sussex, waktu tidur pun menjadi milik Permaisuri Elizabeth. Pihak media dari Britain pernah melaporkan bahawa mendiang Princess Diana pernah meminta izin dari permaisuri dahulu sebelum pergi beradu.
#6 Tidak dibenarkan duduk menyilangkan kaki
Menjadi protokol istana untuk tidak membenarkan duduk sambil silang kaki melainkan hujung kaki sahaja. Hal ini kerana, duduk sambil menyilang kaki dikatakan kurang sopan dan tidak menghormati majlis.
#7 Tidak lagi berlakon
Megan Markle kini tidak lagi dibenarkan untuk terus bergiat dalam dunia seni lakonan. Malah beliau akan kebih fokus dengan urusan diraja.
#8 Tidak boleh melancong secara bersendirian
Apabila bergelar Duchess of Sussex, Megan tidak lagi dibenarkan untuk melancong seorang diri seperti dahulu. Meghan akan dikawal 24 jam oleh pegawai perlindungan diraja.