Google Adsense memperkenalkan Auto Ads dimana ia memudahkan anda untuk menjana iklan secara automatik tanpa perlu memikirkan dimana lokasi sesuai ingin letak iklan. Ini akan mengoptimumkan hasil duit yang akan diperolehi oleh blogger.

Ini adalah teknologi terbaru yang dibuat oleh Google Adsense untuk meningkatkan revenue atau income blogger. Kelebihan Auto Ads ini ialah pengoptimum iklan dan memberikan pengalaman pengguna yang baik, peluang hasil yang banyak iaitu Auto Ads akan mengenal pasti kawasan yang kosong di blog dan akan meletakkan iklan yang baharu. Kelebihan yang seterusnya adalah mudah digunakan, anda hanya perlu meletakkan kod unik.

Ada lebih kurang 6 jenis iklan yang ditawarkan untuk Auto Ads ini antaranya Text & display adsIn-feed ads, In-article ads, Matched content, Anchor ads, dan Vignette ads. Untuk mengaktifkan pengiklanan jenis Auto Ads ini anda perlu mempunyai akaun Adsense Full terlebih dahulu. Jika anda belum mempunyai akaun lagi lebih baik anda mohon sekarang! jangan mohon Adsense Sementara melalui Youtube mahupun Blogger kerana iklan ini hanya ditawarkan kepada akaun penuh sahaja. Jika ada Haqem ingin bagi tips sedikit mengenainya.

Yang pertama anda pergi ke akaun Adsense anda. Pilih My Ads dan pada bahagian content pilih Auto Ads dan mula. Sebelum itu anda perlu meletakkan kod yang formatnya sama dengan Adsense untuk page-level. Jika anda telah masukkan sebelum ini anda tidak perlu buat demikian.

Auto Ads diperkenalkan kepada pemilik-pemilik akaun Google Adsense dengan dua tujuan utama, iaitu meningkatkan pendapatan yang dijana menerusi iklan secara placement automatik dan juga untuk meningkatkan lagi kepuasan pembaca blog anda.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here