mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Cara Mudah Untuk Menghilangkan Bau Busuk atau Bau Durian Di Dalam Kereta

Tiba masa kalau sampai musim buah memang kita jadi gila. Lagi-lagi nampak durian fuhh, memang tak boleh tolaklah. Tapi lepas beli mesti ada bau yang sangat kuat dalam kereta, sampai pening kita yang duduk dalam itu. Kalau tak buah durian antaranya peluh memang bau dia jangan cakaplah.

Pada kali ini Haqem nak bagi tips cara mudah untuk menghilangkan bau busuk atau bau durian dalam kereta. Insya’allah kalau cuba tips ini mungkin dapat mengurangkan bau yang tidak senang itu. Pasti bahan-bahan ini mudah didapati di rumah.

#1 Serbuk Kopi

Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup. Serbuk kopi tersebut akan menyerap bau asap rokok. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

#2 Kayu Manis

Sekiranya anda nak menggantikan bau busuk asap itu dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis. Rebus 2 – 3 batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

#3 Arang

Ada sesetengah orang tak suka menambah bau wangi untuk menutupi bau busuk. Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki. Arang memang terkenal sebagai ejen penyerap bau. Jangan buang pula arang tu lepas digunakan, anda boleh sambung buat BBQ pula pada malam hari.

#4 Kulit Buah-Buahan Sitrus

Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak. Pasti kereta akan berbau harum keesokan harinya.

#5 Cuka

Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta. Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

Itu sedikit sebanyak cara mudah untuk menghilangkan bau busuk atau bau durian dalam kereta. Tidak perlu rasanya buang duit untuk membeli produk-produk mahal, hantar cuci kereta sehingga membuka sarung kusyen. Cukup sekadar menggunakan bahan diatas dan kalau ingin kereta berbau segar tambah pula penwangi kereta.

Semoga info kali ini berguna untuk kita semua. Jangan lupa kongsi artikel berguna ini di media sosial dan kongsikan kepada rakan-rakan WhatsApp semoga bermanfaat.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Promosi Beli Domain Malaysia .MY Murah di ichoose.my

Next Post

Bagaimana Membuat "wp-login.php" Tidak Boleh Diakses oleh Pengguna Melainkan Admin