Pada 9 Mei yang lepas pihak MYNIC ada melakukan promosi iaitu Harga Gilerrr Crazy dimana mereka menawarkan domain Malaysia sama ada .my, .com.my, .net.my, dan .org.my dengan potongan harga sebanyak 75%.
Promosi ini berlangsung bermula 11-25 Mei 2017. Harga yang ditawarkan bermula RM 30 (Tidak termasuk 6% GST) untuk pembelian pertama dan pembaharuan domain serendah RM 60 (Tidak termasuk 6% GST) hanya sah dalam tempoh promosi berlangsung. Promosi ini hanya terdapat pada 30 rakan niaga MYNIC iaitu;
- SKSA Technology Sdn. Bhd.
- Asia Pacific Net (M) Sdn. Bhd.
- Spanlogic Network Sdn. Bhd.
- DataKL Solutions Sdn. Bhd.
- Intersectant Solutions (Aseanhost)
- GB Network Solutions Sdn. Bhd.
- Netlynx Solutions (M) Sdn. Bhd.
- Newpages Network Sdn. Bhd.
- Pertama Online Sdn. Bhd.
- Cynet Hosting
- VST Advance Solutions Sdn. Bhd.
- i-Skill Dynamics Sdn. Bhd.
- IP Serverone Solutions Sdn. Bhd.
- Serverfreak Technologies Sdn. Bhd.
- Qinetics Solutions Sdn. Bhd.
- Integricity Technology Sdn. Bhd.
- Everworks IDC Sdn. Bhd.
- Web Channel Productions
- Net Onboard Sdn. Bhd.
- Acme Commerce Sdn. Bhd.
- Hileytech Sdn. Bhd.
- Hive Hosting Sdn. Bhd.
- Just Simple Sdn. Bhd.
- E-Global Innovative Sdn. Bhd.
- Rocksoft Sdn. Bhd.
- Shamrog Sdn. Bhd.
- TechAvenue Sdn. Bhd.
- Yeahhost Sdn. Bhd.
- Skytomato Sdn. Bhd.
- Shinjiru Technology Sdn. Bhd.
Murah bukan ?. Jom ramai-ramai beli domain .MY sekarang, bagi yang guna myblog.blogspot.com boleh beli domain ini myblog.my baru nampak profesional. Hihi. Ok hari ni juga Daniel nak tunjukkan cara beli domain .MY, oleh kerana domain ini adalah ccTLD berbeza cara pendaftarannya dengan TLD.
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBELI DOMAIN .MY ?
Nampaknya anda berminat dengan domain .MY ? Mudah sahaja caranya anda perlu mencari sama ada nama untuk domain pilihan anda ada kekosongan atau tidak di MYNIC atau mana-mana provider Malaysia. Jika domain pilihan anda masih kosong anda boleh terus beli dengan harga tertentu.
Selepas dah bayar, domain yag anda pilih itu masih belum aktif kerana pihak provider memerlukan pengesahan pembeli. Anda perlu menghantar email kepada mereka berserta salinan Kad Kengenalan (IC) depan-belakang, Surat Syarikat, atau Lesen Memandu Malaysia. Domain .MY hanya boleh didaftarkan oleh penduduk tetap rakyat Malaysia sahaja.
Berbeza dengan domain TLD ianya tidak perlu pengesahan Kad Pengenalan dsb kerana ianya adalah bebas untuk dimiliki sesiapa saja. Selepas hantar email mereka akan balas mengatakan bahawa domain yang anda pilih tadi sudahpun diaktifkan dan boleh digunakan.