Buat julungkalinya eGG Network bersama Moonton telah bekerjasama untuk membawakan Mobile Legends Professional League (MPL) dimana ianya akan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD100,000 (~RM416,500). Bagi mereka yang tegar bermain Mobile Legends ini amat digalakkan untuk menyertainya.
![]()
Qualifier bagi sesi pertama untuk permain Malaysia telah pun dibuka pada 14 November sehingga 21 November 2017. Dimana tarikah perlawanan ini akan berlangsung pada 24 – 26 November 2017 di eGG Network.
Qualifier kedua bagi pemain Singapura pada 21 – 28 November ini, dan seterusnya qualifier ketiga untuk pemain Malaysia semula pada 28 November sehingga 5 Disember 2017.
![]()
Jika anda berminat dan ingin hadiah yang lumayan ini anda perlulah mempunyai 1 kumpulan yang disertai 6 pemain. Pendaftaran adalah ‘percuma’. Bagaimana cara mendaftar ?.
Anda perlu ke http://mysg.mpl.mobilelegends.com/ dan masukkan details yang diminta seperti nama kumpulan, player in-game ID, no kad pengenalan, nombor telefon, dan email. Pastikan umur anda cukup 18 tahun.
