Web Analytics
More
    TeknologiAplikasiGoogle Melancarkan Aplikasi Datally Untuk Menjimatkan Data Mudah Alih

    Google Melancarkan Aplikasi Datally Untuk Menjimatkan Data Mudah Alih

    Google telah melancarkan aplikasi Datally untuk menjimatkan data mudah alih, aplikasi ini dikatakan dapat membantu pengguna telefon pintar memahami, mengawal, menjimatkan data mudah alih. Datally dapat menganalisis metrik penggunaan kuota aplikasi pada setiap bulan.

    Ujian yang dilakukan oleh Google beberapa bulan lepas di Filipina menunjukan aplikasi ini dapat menjimatkan data mudah alih sehingga 30%. Selain itu, ia mempunyai kelebihan mencari Wi-Fi awam yang dinilai keselematannya oleh komuniti bagi tujuan keselamatan.

    Jejaki dan kawalan data mudah alih dari mana-mana aplikasi dengan gelembung Data Saver

    Aplikasi ini juga boleh mengaktifkan gelembung Data Saver, untuk memberi amaran tentang penggunaan data semasa menggunakan aplikasi seperti game, facebook, dan sebagainya. Secara rasminya aplikasi ini tidak ditawarkan di Apps Store, ianya ditawarkan kepada pengguna yang Android 5.0 buat masa ini. Mungkin kelak ianya juga akan disokong untuk iOS.

    Muat turun aplikasi Datally di Google Play Store sekarang.

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan