Berita baik bagi anda peminat peranti Oppo mulai esok Oppo A77 akan berada dipasaran Malaysia. Peranti ini baru sahaja dilancarkan minggu lalu oleh pihak Oppo Malaysia. Oppo A77 boleh dimiliki dengan harga RM1389 dengan pilihan warna ros merah jambu dan emas.

Kali ini Oppo membawakan peranti yang dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses 1.5 GHz lapan teras MediaTek MT6750T, memori sebesar 4 GB dan storan sebesar 64 GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 128 GB.

Kamera utama dilengkapi 13-Megapixel f/2.2 dipadankan dengan kamera selfie 16-Megapixel f/2.0. Bateri Oppo A77 sebesar 3200mAh dan rekaan tubuh yang diperbuat daripada logam sepenuhnya. Sebuah pengimbas cap jari pula terletak pada bahagian dagu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here