Waze adalah aplikasi yang popular dikalangan rakyat Malaysia. Aplikasi ini membolehkan anda untuk mengetahui jalan-jalan yang sesak ataupun ditutup dan mampu merancang masa perjalan dengan lebih cepat.
Pada bulan lepas Waze telah memperkenalkan ciri-ciri terbaru iaitu merakam suara sendiri untuk pandu arah bagi pengguna Android. Kini Waze telah memperkenalkan ciri-ciri ini kepada pengguna iOS.
Melalui kemaskini terbaru anda boleh merakam suara sendiri dengan pelbagai cara yang anda mahukan. Anda boleh merakam suara anda mengikut langkah-langkah ini anda hanya perlu ke halaman tetapan Waze, memilih Sound & Voice, kemudian pilihan Voice Directions dan Record New Voice.
Anda perlu merakam kesemua senarai yang diberikan untuk fungsi itu berjalan dengan lancar. Antara yang perlu dirakam adalah All set. Let’s go, We’re all set. Let’s go! dan banyak lagi.
Masa maximum yang diberikan adalah 6 saat untuk setiap rakaman. Setelah selesai semua rakaman anda boleh mencubanya dengan membuat suatu perjalan yang baru. Semoga fungsi ini akan memberikan manfaat kepada semua komuniti Waze.