Pada 11 Mei lepas Lazada telah mengumumkan kaedah pembayaran kini boleh melalui 7-Eleven di seluruh Malaysia. Disebabkan kaedah pembayaran secara tunai amat terhad kepada Cash On Delivery (COD) sahaja. Bagi anda yang kurang yakin atau tidak suka menggunakan pembayaran atas talian anda perlu cuba kaedah terbaru ini ‘Cash At 7-Eleven’.
Bagaimana Cara Untuk Membayar di 7-Eleven?
Pada artikel kali ini Daniel akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana cara beli dan membayar di 7-Eleven. Langkah pertama perlu lawati lazada.com.my pilih barangan yang ingin dibeli.
Langkah kedua selepas pilih barang anda perlu ‘Add To Cart‘ dan akan keluar pop-up dan klik di bahagian checkout.
Langkah ketiga jika anda mempunyai akaun Lazada boleh log masuk dan yang tiada akaun lazada sila Cipta satu akaun atau teruskan tanpa kata laluan. Seterusnya pilih alamat penghantaran, jika tiada anda perlu masukkan butiran alamat anda didalam kotak yang disediakan.
Setelah selesai memilih alamat klik pada Continue dan pilih mod pembayaran ‘Cash at 7-Eleven‘ dan tempah pesanan.
Langkah terakhir, anda akan mendapat barkod khas dan perlu cetak atau simpan dalam telefon pintar, macam Haqem tadi dia simpan dalam telefon dan tunjukkan sahaja kepada staff 7-Eleven yang bertugas.
Selepas anda membayar di 7-Eleven anda akan mendapat email/SMS pengesahan daripada lazada yang mengatakan pembayaran anda telah berjaya. Jangan lupa simpan resit sebagai rujukan.
Lepas ini mudahlah anda semua yang ingin membeli barang di Lazada.com.my dengan mudah, jangan lupa juga lawati Lazada kerana mereka sedang menjalankan kempen Marhaban Ya Ramadhan bermula 19 Mei sehingga 15 Jun 2017. Jom Riang Ria Raya 2017 ini bersama Lazada Malaysia.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang ingin membeli bara di lazada dan membayar secara tunai di 7-Eleven seluruh Malaysia. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di media sosial.
Kalau Kita belom bayar dkt 7e tapi dh berjaya, mcm Mana tu,