Web Analytics
More
    SemasaJadi Kreatif Bersama Google Malaysia Dengan "Doodle 4 Google" Terbuka Kepada Pelajar...

    Jadi Kreatif Bersama Google Malaysia Dengan “Doodle 4 Google” Terbuka Kepada Pelajar Sekolah

    Google Malaysia sudah kian lama tidak membuat pertandingan untuk pelajar sekolah, kini 2017 Google Malaysia kembali dengan “Doodle 4 Google” yang membuka peluang kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menghasilkan doodle yang menarik sempena Hari Malaysia.

    Google Malaysia
    Pemenang 2014 kategori 7-9 “Google Malaysia” tahun Vaisnawi Harulnathan, SJKG Vallambrosa, Klang

    Pertandingan ini terbahagi kepada empat kategori iaitu 7-9,10-12, 13-15, 16-17, dengan bertemakan “Meraikan Kepelbagaian Malaysia”. Doodle boleh dilakukan dengan melukis atas kertas ataupun secara digital dan perlu memasukkan nama “Google”. Pertandingan telah pun bermula dan berakhir pada 31hb Julai ini.

    Anda boleh menghantar kreativiti anda di https://events.withgoogle.com/d4gmy/. Pemenang “doodle 4 google” akan dipamerkan di google.com.my pada 16 September 2017 Hari Malaysia. Jom serlahkan kreativiti anda di Google.

    Flower of the Jalur Gemilang
    Pemenang 2014 kategori 13-15 “Flower of the Jalur Gemilang” Mohammed Anoof Ibrahim, Mutiara International Grammar School, Ampang

    The Seven Wonders of Malaysia
    Pemenang 2014 kategori 10-12 tahun “The Seven Wonders of Malaysia” Chin Joe Yi, SJK (C) Kwang Hwa, Penang

    Pemenang utama pada 2014 Lee Yee Run bertemakan “Beauty Of Malaysia”

    Beauty of Malaysia
    National Winner

    Maklumat lanjut terma dan syarat serta undian di https://events.withgoogle.com/d4gmy

    Artikel Terkini

    2 Komen

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan