Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram Awal, anak sulungnya berkongsi berita gembira dimana bakal jadi kakak ‘Big Sister’. Dalam pada itu, Awal berkata usia kandungan Scha kini hampir 4 bulan.
View this post on Instagram
Bukan sahaja gembira menyambut ulang tahun kelahirannya, Awal turut bahagia kerana dapat berkongsi perkhabaran baik ini dengan semua orang pada hari yang istimewa ini.
“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.”
“Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga.”
Awal juga berkata bahawa isterinya kini benci memegang telefon bimbit dan kadang-kadang benci juga dengan dirinya.