mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Penumpang Akan Didenda Jika Batal Tempahan Grab

Baru-baru ini Grab telah mengemaskini Polisi Pembatalan Penumpang. Disebabkan ramai pemandu Grab sering mengatakan penumpang membatalkan servis e-hailing selepas tempahan dibuat. Ini menyebabkan kos tambahan kepada pemandu kerana perlu hadir ke lokasi penumpang.

Menerusi Polisi tersebut, pihak Grab berkata, penumpang yang membatalkan tempahan 5 minit selepas mendapat pemandu akan didenda caj bayaran antara RM3-RM5 mengikut jenis perkhidmatan yang ditempah.

Oleh itu, Grab akan mengenakan bayaran kepada pelanggan yang membatalkan servis bermula 25 Mac ini.

Untuk perkhidmatan seperti GrabCar, GrabTaxi, dan JustGrab denda yang dikenakan sebanyak RM3. Bagi GrabCar Premium dan GrabCar Luxe sebanyak RM5, jika membatalkan tempah selepas 5 minit dibuat.

Jika menggunakan GrabPay, ia akan dipotong serta-merta, manakala bagi yang menggunakan tunai, caj akan dikenakan pada tempahan seterusnya.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

IKEA Hidang Meatball Tidak Halal, Ini Penjelasannya

Next Post

Pulau Pinang Menjadi Destinasi Pelancongan Terbaik oleh CNN Travel