Sebelum anda ingin memulakan perniagaan online, anda perlukan website untuk mempromosikan produk jualan dan memberikan keyakinan kepada pelanggan untuk membeli produk anda. Anda sudah faham apa itu web hosting, website, dan domain? Sebelum kita teruskan tips membeli web hosting yang berkualiti pada harga murah, jom kenali 3 komponen utama ini.
Kenali Web Hosting, Website, dan Domain
Apa itu web hosting? Secara analoginya, kita boleh menganggap web hosting ini sebagai tapak untuk sesebuah website. Web hosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh aksesnya. Oleh itu, anda perlulah meletakkan website anda di web hosting untuk orang ramai mengaksesnya.
Apa itu website? Website secara asasnya adalah seperti rumah. Jika anda ingin membina rumah anda perlukan tanah/tapak untuk bilik, dinding, tingkap, dan sebagainya. Samahal juga dengan website kita perlukan web hosting untuk menyimpan segala data-data yang ada pada website itu.
Apa pula itu domain? Domain ini boleh dianggap sebagai alamat rumah. Domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Domain” yang banyak terdapat di internet seperti Godaddy dan sebagainya.
Sudah faham dengan 3 komponen ini? Jom kita kembali kepada topik utama iaitu tips membeli web hosting yang berkualiti pada harga murah.
Tips Membeli Hosting Yang Berkualiti
Pertama sekali aspek yang perlu anda titik beratkan sebelum membeli hosting ialah:
#1 Spesifikasi hosting sesuai dengan keperluan.
- Tak perlu pakai hosting yang terlalu mahal seperti VPS Server, dan Dedicated Server. Untuk permulaan boleh cuba Shared Hosting.
- Pastikan hosting anda kadar uptime 99.99% bagi menjamin website sentiasa online.
#2 Kadar storage dan bandwidth sebulan.
- Storage adalah satu tempat penyimpanan data di dalam website. Jika banyak isi kandungan website anda maka banyaklah kadar storage yang diperlukan.
- Bandwidth pula adalah satu data yang diperlukan pengguna untuk memuat-turun isi kandungan website anda. Jika website anda mempunyai 10k-30k sebulan maka banyaklah bandwidth diperlukan.
#3 Beli hosting dekat dengan pengguna sasaran.
- Jika anda membuat website dan menyasarkan pengguna di Malaysia, beli hosting yang di Malaysia atau Singapura bagi mempercepatkan aksesnya.
#4 Bahasa Pengaturcaraan yang sesuai.
- Jika anda membangunkan website dengan pengaturcaraan PHP cari hosting yang menyokong Linux atau Apache. Dan jika anda menggunakan pengaturcaraan Windows cari hosting yang menyokong Windows Server.
#5 Bantuan sokongan 24/7/365.
- Ini antara faktor terpenting. Mana tahu suatu hari nanti website anda down pada 2-3 pagi dan anda perlukan bantuan sokongan untuk memperbaiki website pada kadar segera.
Extra Tips: Sebelum anda memiliki sesebuah web hosting pastikan anda membuat penyelidikan seperti membuat review dan pertanyaan sama ada email/phone/live chat pada jam 3 pagi atau waktu-waktu yang kita tak jangka dan melihat respons dari pihak penyedia hosting.