mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Pulau Pinang Menjadi Destinasi Pelancongan Terbaik oleh CNN Travel

Sebut saja Pulau Pinang pastinya ramai akan fikir, syurga makanan dengan kepelbagaian makanan yang ada antaranya kopi kaw aunty Avelin dan banyak lagi. Kini Pulau Pinang tersenarai di tempat ke 15 daripada 19 destinasi perlancongan terbaik tahun ini, oleh stesen TV Amerika Syarikat.

Menurut CNN Travel, musim ini sangat sesuai untuk melawat Pulau Pinang dengan pengembaraan hutan hujan tropika asli.

Para saintis menganggarkan hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 20% spesis haiwan dan tumbuhan yang tidak pernah dijumpai seperti Monyet Langurs dan Dusky Leaf.

Kepulauan Aegean, Greece antara 19 detinasi perlancongan terbaik. Selain itu, Keukenhof Gardens di Holland, dengan keindahan bunga tulip, Ledbury United Kingdom, sebagai tempat perkelahan.

Destinasi lain termasuk Malta, Marrakech di Maghribi, Mendoza ke Patagonia di Argentina, Munich di Jerman, Pulau Naoshima di Jepun, dan Queenstown di New Zealand.

Destinasi Amerika termasuk Grand Canyon di Arizona, Lake Tahoe di California, Las Vegas, Orlando di Florida, Puerto Rico, Zoo St Louis di Missouri dan Washington DC.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Penumpang Akan Didenda Jika Batal Tempahan Grab

Next Post

Nasi Lemak Antara 100 Makanan Tradisional Yang Popular di Dunia