IKEA Batu Kawan telah dibuka pada 14 Mac lepas dan ini adalah cawangan yang keempat di Malaysia. IKEA Batu Kawan mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Mengejutkan lagi sebanyak 32,000 bebola daging dan 23,600 karipap terjual pada hari pembukaan tersebut.
Baru-baru ini viral di sosial media mengatakan IKEA hidang meatball tidak halal yang mengandungi daging khinzir. Ada yang mendakwa produk itu dijual di cawangan terbaru IKEA Batu Kawan.
Pihak IKEA mengeluarkan kenyataan di ruangan komen Facebook IKEAMalaysia mengatakan bebola daging Kotbullar yang dijual di Malaysia halal dan diperbuat dari daging lembu. Dalam kenyataan itu Kottbullar adalah bebas dari daging khinzir dan tiada bahan yang mengandungi alkohol yang dihidangkan.
Menerusi kenyataan itu, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bagi menyakinkan rakyat Malaysia, bahawa sumber bagi bahan-bahan makanan segar dan dimasak yang dijual di Restoran, Bistro serta Kedai Khas Makanan Sweden IKEA Malaysia adalah daripada pembekal tempatan yang mempunyai sijil halal sah.
Bagi anda peminat bebola daging IKEA, tidak perlu risau dan bimbang untuk memakannya kerana ianya telah disahkan halal.