Web Analytics
More
    Semasa Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 dan Logo Yang Direka oleh Nik Zulkifli

    Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 dan Logo Yang Direka oleh Nik Zulkifli

    Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 dan Logo Yang Direka oleh Nik Zulkifli. Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Oleh itu, tema sambutan Hari Kebangsaan yang dipilih oleh Perdana Menteri ialah “Sayangi Malaysiaku“.

    Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’. Tema ini dipilih bagi merai dan menaikkan lagi semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam era Malaysia Baharu ini, pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Lagu Tema Hari Kebangsaan oleh Bunkface

    Kita punya Malaysia nyanyian dan ciptaan dari Sam Bunkface yang berentak pop telah dipilih sebagai lagu tema Hari Kebangsaan 2018. Dalam era Malaysia Baharu ini, pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Lirik Lagu Kita Punya Malaysia, Tema Hari Kebangsaan 2018

    Lihat lirik sepenuhnya berserta musik video di sini.

    Logo Tema Hari Kebangsaan

    Logo Hari Kebangsaan tahun ini telah dicipta oleh Nik Zulkifli Nik Hitam menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

    Logo ini membawa maksud warganegara yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. Penggunaan warnanya pula adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

    Fakta Hari Kemerdekaan 2017 “Negaraku Sehati Sejiwa”

    “Sehati Sejiwa” membawa maksud kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara Malaysia. Selain itu ianya melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

    Pemilihan tema menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu. Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia beta sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang. Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017.

    Artikel Terkini

    MYNIC Memperkenalkan Domain Baru .BIZ.MY Untuk Usahawan Tempatan

    Harini MYNIC memperkenalkan domain (ccTLD) .BIZ.MY untuk usahawan tempatan pada harga RM80/setahun. Direka untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) untuk lebih dikenali. Menurut laman...

    Syamel dan Ernie Zakri, Selamat Bertunang

    Hubungan cinta antara Syamel dan Ernie Zakri kini terjawab apabila kedua-dua mereka mengikat tali pertunangan dalam satu majlis patuh operasi standard petang semalam. Majlis yang...

    Cara Menggunakan E-Konsainan Poslaju Semudah 1, 2, 3 – Mudah Giler

    Mulai 17 Ogos ini pihak Pos Malaysia telah menggunakan perkhidmatan secara digital dimana pengguna tidak perlu bersusah payah untuk menulis maklumat pengirim dan penerima. Anda...

    Pengguna Poslaju Tidak Perlu Menulis Nota Konsainan – Guna Aplikasi Ni Je…

    Buat pengguna tegar yang menggunakan perkhidmatan Poslaju sebagai platform untuk menghantar barang, kini anda tidak perlu menulis nota konsainan secara manual mulai 17 Ogos...

    KFC Kembali Dengan Harga Gila 3 Set Kombo 2-Pcs Hanya RM33 Sahaja

    KFC Malaysia kembali dengan promosi 3 set kombo 2-pcs ayam hanya RM33 Sahaja! Promosi berlangsung selama 3 hari bermula 17 Ogos sehingga 19 Ogos...

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan