Pulau Pinang merupakan satu tempat pelancongan yang menarik antaranya Bukit Bendera, Penang Street Art, Rumah P.Ramlee dan banyak lagi. Apa yang lagi menarik tentang Pulau Pinang ini adalah makanan. Haa! tipulah siapa yang tak suka makanan ?.

 

Jika anda sukakan kopi anda perlu cuba Kopi Kaw Aunty Avelin ini. Boleh dikatakan Aunty Evelin merupakan barista terbaik yang pernah anda jumpa. Seorang yang peramah dan ceria, Aunty Evelin pasti buatkan anda ketawa dengan celotehnya.

Apa yang menarik tentang Kopi Kaw Aunty Avelin adalah cara pembuatannya yang sangat unik. Selain itu, tekstur kopi yang amat pekat membuatkan anda terliur dan rugi apabila tidak mencubanya.

Berharga RM2.50 anda boleh mendapatkan Kopi Kaw Aunty Avelin ini, jika dibandingkan dengan kopi di kafe hipster jauh lebih mahal. Lokasi kedai Aunty Avelin di Lebuh Noordin, Georgetown, seberang Hotel Citidel Express.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here