mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Joe Flizzow Menang Anugerah Artis Terbaik Asia Tenggara di MTV EMA 2018

Penyanyi popular Joe Flizow telah dinobatkan sebagai pemenang Artis terbaik Asia Tenggara di MTV Europe Music Awards (MTV EMA 2018) yang berlangsung di Bilbao Exhibition Centre, Sepanyol.

Joe Flizow berkata kemenangan ini memberi simbolik dan impak yang sangat besar kepada kariernya. “Hari ini dalam sejarah. Untukmu, Malaysia! Terima kasih semua. Terima kasih MTV untuk anugerah ini. Saya ingin dedikasikan kemenangan ini buat semua peminat dan kawan-kawan di Malaysia. Terima kasih keluarga, label saya Sony Kartel dan penyokong”.

Selain itu, beliau berkongsi berita membanggakan itu menerusi Instagram berserta beberapa keping gambar bertemu dengan bintang terkenal seperti Dua Lipa, Lindsay Lohan dan Terry Crews.

Dalam kategori berkenaan Joe Flizow menewaskan Afgan dari Indonesia, IV of Spades (Filipina), Minh Hang (Vietnam), Slot Machine (Thailand), The Sam Willows (Singapura) dan Twopee Southside (Thailand).

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018 dan Logo Yang Direka oleh Nik Zulkifli

Next Post

Minuman Bergula Akan Dikenakan Cukai 40 sen Seliter Mulai 1 April 2019