mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Minuman Bergula Akan Dikenakan Cukai 40 sen Seliter Mulai 1 April 2019

Pembentangan Belanjawan 2019 jumaat lalu, kerajaan bakal memperkenalkan cukai eksais pada kadar 40 sen per liter untuk minuman bergula mulai 1 April tahun depan. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu adalah untuk mengurangkan penggunaan gula dan sekaligus mencegah penyakit kencing manis di negara ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, cukai itu dikenakan terhadap dua kategori minuman itu yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia minum.

“Air minuman yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang mengandungi gula melebihi lima gram per 100 mililiter. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100 mililiter,” katanya.

Dalam pada itu, kajian Kementerian Kesihatan mendapati hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Joe Flizzow Menang Anugerah Artis Terbaik Asia Tenggara di MTV EMA 2018

Next Post

Watsons Menawarkan Promosi Cuti-Cuti Pocotee and Friends