Aplikasi Shazam yang popular sebagai pengecam lagu makin dikenali ramai. Ianya memudahkan lagi untuk anda mengesan nama muzik, penyanyi, dan lagu yang berdekatan. Hari ini Apple dilaporkan telah membeli Shazam dengan harga USD$400 juta (~RM1.63 bilion).
“Sejak pelancaran Shazam di App Store ia menjadi salah satu aplikasi popular di iOS. Kini 1 bilion telah dimuat-turun oleh pengguna seluruh dunia dengan pelbagai platform” kepada Jurucakap Apple kepada kami. Dalam pengumuman itu jurucakap Apple tidak mengatakan rancangan Apple untuk perkhidmatan Shazam.
Gabungan Apple dan Shazam ini juga dijangkakan bakal memberi kelebihan buat Apple memandangkan Apple sedang dalam usaha untuk memantapkan Apple Music. Kerjasama yang bakal berlaku diantara Apple dan Shazam, kami jangkakan kerjasama ini merupakan pilihan yang tepat buat kedua-dua syarikat dalam usaha menarik lebih ramai pengguna dan menjana keuntungan dengan lebih banyak.