Berdasarkan pengumuman rasmi oleh KPNKK sebentar tadi, harga minyak petrol minggu ini untuk RON 95 turun sebanyak lima dan RON 97 pula turun sebanyak tujuh sen. Ini menjadikan harga runcit bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, manakala RON97 RM2.31 seliter.
Bagi Diesel pula turun 8 sen menjadikan harga diesel terkini RM1.94 seliter dan diesel Euro 5 ialah RM2.04. Harga petrol ini akan berkuat kuasa bermula jam 12.01, awal pagi hari Khamis ( 8 Jun 2017) hingga tarikh 14 Jun 2017, jam 11.59 malam.
Senarai Harga Terkini Untuk 8 Jun – 14 Jun 2017
- RON95 : Turun -5 sen menjadikan RM2.05 seliter
- RON97 : Turun -7 sen menjadikan RM2.31 seliter
- DIESEL : Turun -8 sen menjadikan RM1.94 seliter
- EURO : Turun -8 sen menjadikan RM2.04 seliter