mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

Cara Paling Berkesan Untuk Menghalau Semut Di Dalam Bekas Gula

Paling geram bila masuk dapur nak buat air, tapi bila buka je bekas gula ada banyak semut di dalam bekas. Takkan nak buang membazirlah. Apa cara paling berkesan untuk menghalau semut?.

Kadang hairan juga bila bekas gula yang belum buka pun ada semut. Boleh ke makan gula yang telah dimasuki semut? Boleh. Pastikan semut yang ada itu dalam kuantiti yang sedikit, kalau dah banyak takut memudaratkan kesihatan pula.

1. Cengkih / Kulit Kayu Manis

Cara paling berkesan adalah menggunakan cengkih dengan meletakkan beberapa tangkai ke dalam bekas gula. Kalau tidak ada cengkih boleh menggunakan kulit kayu manis. Kemudian tutup bekas itu dan biarkan selama beberapa jam. Pastikan menutup bekas tidak rapat sangat.

2. Pisau

Haha! Pelikkan? Tapi itu yang terjadi bahawa pisau yang dipacakkan kedalam bekas gula boleh menghalau semut dari dalam bekas. Menurut Puan LiaJane San (SirapLimau), beliau mendapatkan petua ini di dalam sesebuah majalah.

Memang betul nanti semua semut akan keluar sendiri. Tak percaya? Cuba buat sekarang.

Foto Kredit: LiaJane San

3. Asam Keping / Gelugur

Masukkan beberapa asam gelugur ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur tidak akan menukar rasa dan warna gula.

4. Cili Kering

Kebiasaanya cili kering digunakan untuk menghalau kutu beras. Tak sangka ia boleh menghalau semut juga. Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula dan tutup bekas. Pastikan tutup longgar supaya semut boleh keluar.

Foto Kredit: Aishah Hasan

5. Jemur Tengah Panas

Jemu gula di bawah matahari terik, lebih mudah letakkan gula pada dulang atau loyang.

6. Rendam Dalam Air

Cara yang terakhir adalah rendam bekas gula di dalam air. Cara ini memang amat mudah dan tapi efektif. Masukkan sahaja air paip dan biarkan bekas terbuka.

petua halau semut

Semoga perkongsian kali ini akan memudahkan anda untuk menghalau semut di dalam bekas gula supaya tidak berlaku pembaziran. Jangan lupa untuk kongsi kepada rakan di media sosial supaya ianya berguna dikelak hari.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
lihat komen (1) lihat komen (1)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Jutawan Ciplak Ameerul Afiq Di Cekup Pihak Berkuasa ?

Next Post

Promosi Beli Domain Malaysia .MY Murah di ichoose.my