mod gelap mod terang

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
ikuti kami
ikuti kami

YouTube Premium Kini Tersedia Untuk Langganan di Malaysia Serendah RM17.90 Sebulan

Anda kini boleh menonton YouTube tanpa sebarang iklan dengan YouTube Premium. YouTube Premium kini tersedia untuk langganan di Malaysia serendah RM17.90/bulan. Dengan langganan tersebut anda akan dapat sehingga 4 bulan percuma.

Dalam pada itu, harga yang ditawarkan adalah berbeza untuk pengguna iOS dengan harga langganan dari RM23.90/bulan. Ini kerana ia dibilkan menerusi iTunes. Untuk pelan keluarga dari RM35.90/bulan.

Selain pengguna iOS, harga langganan adalah dari RM17.90/bulan untuk individu dan pelan keluarga dari RM26.90/bulan. Untuk pelan keluarga anda boleh menambah akaun lain sehingga 5 orang yang berumur 13 Tahun keatas.

Langganan YouTube Premium juga hadir dengan YouTube Music, mendengar berjuta-juta lagu tanpa iklan dan berkeupayaan untuk memuat turun secara luar talian.

Untuk maklumat lanjut dan langganan anda boleh ke https://www.youtube.com/premium

*Terdapat beberapa pengguna tidak akan dapat tawaran percuma 4 bulan ini, ia bergantung kepada peranti.

sentiasa kemas kini dengan berita paling penting

dengan menekan butang langgan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju menerima dasar privasi dan syarat penggunaan kami.
tambah komen tambah komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Previous Post

Laporan OpenSignal: Celcom, Maxis dan Unifi Mobile Takluki Internet di Malaysia, Mengalahkan U Mobile dan Digi

Next Post

Beli Petrol Hanya di 'Aplikasi Setel' Tanpa Perlu ke Kaunter