Web Analytics
More
    TeknologiAplikasiHBO GO Percuma Untuk Semua Pelanggan Astro ‒ Ini Cara Link Akaun...

    HBO GO Percuma Untuk Semua Pelanggan Astro ‒ Ini Cara Link Akaun Astro ke HBO GO

    Pada Mei tahun lalu aplikasi HBO GO telah dilancarkan di Malaysia dengan pelbagai koleksi movie terbaik seperti I’ll Gone In The Dark, Gemini Man, dan banyak lagi. Harga langgan serendah RM34.90/Sebulan.

    Kelebihan HBO GO adalah anda boleh menonton secara On Demand, waktu tayangan HBO Original sama dengan USA, kawalan ibubapa, dan menonton lebih dari satu peranti. Tetapi ramai dikalangan kita yang tidak tahu dimana HBO GO sebenarnya percuma untuk pelanggan Astro Movie Pack hanya link akaun Astro ke aplikasi HBO GO.

    Bagaimana nak link akaun Astro ke HBO GO?

    Untuk mengakses anda perlu memuat turun aplikasi HBO GO di Google Play dan Appstore. Setelah selesai anda perlu melog masuk jika sudah mempunyai akaun HBO GO, jika belum anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

    Setelah selesai dilog masuk, pergi ke bahagian “Settings” kemudian pilih “Link your existing HBO subscription” dan anda akan dialihkan ke portal Astro dan log masuk menggunakan Astro ID anda.

    Setelah berjaya link akaun Astro ke HBO GO anda perlu membuat pin kawalan ibubapa untuk tontonan movie seperti 18 tahun atau 21 tahun ke atas.

    Berjaya! kini anda boleh menonton HBO GO dengan mudah dimana sahaja. Menurut laman F.A.Q HBO Asia, pelanggan Astro perlu mempunyai langgan aktif Movie Pack. Maklumat lanjut boleh terus ke HBO Asia.

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan