Apple telah mengeluarkan laporan penjualan untuk suku tahun keempat 2016. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Apple mengatakan iPhone 7 Plus lebih banyak dibeli berbanding iPhone 7.
Walaupun model “Plus” dijual dengan harga yang lebih tinggi. Ianya menjadi pilihan pengguna kerana lebih menyukai spesifikasi yang ditawarkan seperti dual-camera, kapasiti bateri yang lebih besar serta hadir 3 GB RAM. Tidak hairanlah pada 3 bulan terakhir 2016 Apple berjaya menjual lebih 24 juta iPhone 7 Plus.
Bagi anda yang inginkan iPhone pada masa ini tetapi tiada pilihan warna yang menarik anda perlu tunggu model terbaru iPhone pada bulan Oktober nanti.
Model baru iPhone berwarna “Jet White” dikatakan akan hadir tanpa home button serta rekabentuk yang baru. Harga iPhone Jet White dikatakan Premium. Mesti lebih mahalkan ?