Web Analytics
More
    TeknologiAndroidSamsung Mengesahkan Note 7 Akan Dikeluarkan Sebagai Peranti "Refurbished"

    Samsung Mengesahkan Note 7 Akan Dikeluarkan Sebagai Peranti “Refurbished”

    Selang beberapa hari sebelum pelancaran Galaxy S8, Samsung dalam satu kenyataan mengatakan Note 7 akan dikeluarkan sebagai peranti refurbished, yang mana dahulunya pernah mengalami masalah bateri yang menyebabkan letupan kepada peranti tersebut.

    Pelupusan Note 7 bukanlah cara yang terbaik sebaliknya memilih untuk menjual semula dalam bentuk refurbished dengan harga yang lebih murah. Objektif Samsung mengenai peranti diubah suai ialah mengurangkan dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar.

    Soal keselamatan Samsung bakal menyertakan bateri dengan kapasiti yang lebih rendah bagi mengelakkan daripada sebarang masalah melibatkan mudah panas serta mudah terbakar atau letupan.

    Spesifikasi peranti Note 7 memang tidak dinafikan kerana reka bentuk yang sangat menarik dengan logam di bahagian sisi bertemu dengan panel kaca yang cukup sempurna. Note 7 adalah peranti Android yang terbaik buat masa ini. Jika Galaxy Note 7 dijual dengan harga yang rendah, adakah anda cukup yakin untuk membelinya peranti ini jika dijanjikan tiada letupan bakal berlaku ?.

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan