Web Analytics
More
    HiburanAplikasi Terawhere Memudahkan Anda Berkongsi Kereta Ke Tempat Terawih

    Aplikasi Terawhere Memudahkan Anda Berkongsi Kereta Ke Tempat Terawih

    Bulan ramadan hampir tiba, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pada arena teknologi yang berkembang pesat banyak perkhidmatan yang memudahkan anda melakukan sesuatu perkara antaranya pekhidmatan Uber, Grabcar. Kini sekumpulan pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) telah mencipta satu aplikasi yang dipanggil “Terawhere“.

    Aplikasi ini khusus untuk anda yang ingin berkongsi kenderaan ke masjid untuk menunaikan solat terawih dengan percuma. Terawhere adalah aplikasi percuma dan tidak berbayar seperti Uber dan Grabcar.

    Terawhere ini dibangunkan oleh pembangun daripada Singapura. Ia tidak dinyatakan bilakah akan dilancarkan, tetapi sekadar diketahui ia bakal hadir sebelum bulan Ramadhan kelak.

    https://www.facebook.com/terawhere/posts/158901194642030:0

    Aplikasi ini akan ditawarkan pada Google Play Store dan Apps Store secara percuma pada masa terdekat. Terawhere juga membolehkan pengguna mengenali rakan-rakan baru, selain memudahkan proses pengankutan ke masjid.

    Dibawakan olehBERITAMediacorp
    SumberTerawhere

    Artikel Terkini

    Apa kata anda?

    Medan komen tidak boleh kosong!
    Medan nama diperlukan